Rupa bentuk German_Cross

Darjah pengurniaan ini berbentuk lencana bintang pecah lapan serta mengandungi lambang swastika ditengahnya (dalam bahasa Jerman, Hakenkreuz, "hooked cross" (salib cangkuk), yang memberikan anugerah itu namanya "German cross"). Ia mempunyai diameter 6.5 cm dan dipakai pada poket sebelah kanan pakaian seragam. Jika penerima sudah menerima kedua-dua jenis perak dan emas, hanya jenis emas yang akan dipakai.

German Cross in Gold (jenis kain)

Hanya jenis emas yang terdapat dalam bentuk kain, yang dipermudahkan untuk dipakai pada uniform tempur; Jeneral Helmuth Weidling memakai jenis ini semasa mempertahankan Berlin pada April–Mei 1945. Anugerah emas (tempur) lebih banyak dikurniakan berbanding perak (sokongan).

Salinan contoh gred khas, German Cross warna Emas bertahta Berlian, telah dibuat pada tahun 1942 tetapi gred ini tidak pernah dizahirkan atau dikurniakan.

Versi 1957

Pada tahun 1957 versi gantian alternatif 'de-nazified' German Cross telah dibenarkan untuk dipakai oleh Republik Persekutuan Jerman. Lambang swastika digantikan dengan lambang Iron Cross untuk jenis emas, dan War Merit Cross berserta Pedang untuk jenis perak. Pemakaian anugerah era Nazi telah diharamkan di Jerman selepas perang, begitu juga lambang swastika. Veteran-veteran yang menerima German Cross semasa zaman Reich Ketiga dengan itu tidak dapat memakainya selepas perubahan ini.